Al-Fatihah.
Hadiah Hari Guru. Pelajar Ini Bawa Hadiah Ke Kubur Cikgunya Buat Ramai Orang SEBAK !!! | Kisah seorang pelajar yang tidak sempat memberikan hadiah Hari Guru buat cikgunya yang meninggal dunia pada sebelah petang selepas sambutan Hari Guru.
Melalui perkongsian Muhammad Suharimi di laman Facebook, Cikgu Anuar Sadat meninggal dunia kira-kira dalam jam 7 petang setelah tiba-tiba rebah ketika bermain bola di sekolah. Menurutnya, pada sebelah pagi iaitu semasa sambutan Hari Guru berlangsung, Anuar kelihatan ceria dan sempat berborak dengannya di kantin.
Melalui perkongsian Muhammad Suharimi di laman Facebook, Cikgu Anuar Sadat meninggal dunia kira-kira dalam jam 7 petang setelah tiba-tiba rebah ketika bermain bola di sekolah. Menurutnya, pada sebelah pagi iaitu semasa sambutan Hari Guru berlangsung, Anuar kelihatan ceria dan sempat berborak dengannya di kantin.
“Dalam pukul 7, aku dikejutkan dengan berita pemergian mengejut Cikgu Anuar Sadat. Tiba-tiba jatuh ketika bermain bola di sekolah. Pagi tadi kami sama-sama berborak-borak di kantin sekolah dan makan semeja di hotel. Tanpa kusedari air mata mengalir…”
Semasa menghadiri pengebumian arwah Cikgu Anuar di Cheras Baru keesokan hari, Suharimi didatangi seorang murid bernama Intan bersama ibunya. Ibu kepada murid tersebut menghulurkannya sebuah beg kertas sambil menjelaskan,
“Inilah hadiah untuk Cikgu Anuar, ustaz. Semalam Intan tak sempat nak bagi sebab sibuk dengan persembahan.”
Suharimi yang tidak dapat menahan sebak terus berlalu meninggalkan ibu dan anak tersebut dengan begitu sahaja sebelum kata-kata ibu itu dihabiskan. Walau bagaimanapun, dia sempat menyatakan maafnya dalam perkongsian tersebut oleh kerana emosinya yang tidak terkawal.
Perkongsian yang telah dikongsikan ke laman Persatuan Makcik Puaka mendapat pelbagai respon dari netizen yang rata-rata sedih dan bersimpati dengan apa yang berlaku.
Antara amalan yang dapat membantu di dalam kubur, selain bersedekah dan doa anak-anak soleh dan solehah adalah ilmu yang bermanfaat. Manfaatkan ilmu cikgu itu, ada hadiah untuk dia di sana.”
Banyak pengorbanan yang telah Cikgu Anuar sumbangkan bukan saja pada murid-murid malah pada ibu bapa.”
Semoga roh arwah Cikgu Anuar tenang di sana. Kepada anak murid arwah, jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah buat cikgu. Takziah.
Sumber : Lobakmerah
0 comments:
Post a Comment