loading...

4 Rahsia MASUK SYURGA DENGAN MUDAH BAGI WANITA!!


Masuk syurga secara mudah?
Mungkin anda yang membaca ragu-ragu, betul ke boleh masuk syurga dengan MUDAH?
Sebenarnya, Islam itu tidak pernah payah,
rahmat tuhan tidak pernah jauh,
mungkin sebenarnya kita yang sukar berubah.
Percayakah anda, wanita Islam dapat masuk ke syurga dengan mudah jika memenuhi 4 kriteria ‘rahsia’.
Apa yang lebih baik selain daripada Nabi Muhammad (bacakan selawat) sendiri yang telah ‘membocorkan’ rahsia-rahsia ini dalam hadis sahih ini:
“Apabila seorang wanita (isteri) itu sudah melakukan 4 perkara ini; solat fardhu 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatan diri dan mentaati perintah suami, maka dia bebas masuk ke syurga melalui mana-mana pintu yang dipilihnya.”HR. Ahmad , Ibnu Hibban dan Thabrani
Percayalah, hanya empat sahaja, bukan sepuluh!

#1 – Solat Fardhu 5 Waktu

Jika anda patuh perintah ini tanpa gagal, tahniah, anda sudah mendapat merit untuk masuk ke syurga. Tapi tunggu dulu! Cuba periksa, adakah anda:
a. Solat pada awal waktu
b. Solat sunat rawatib sebelum/ selepas solat
c. Zikir dan wirid selepas solat
Amalan sunat yang mengiringi solat fardhu ini akan melengkapkan checklist pertama anda untuk ke syurga. Solatlah dengan hati yang gembira kerana Allah menyediakan tempat anda di syurga.
Bayangkan jika anda solat pada penghujung waktu atau solat dalam keadaan yang tergesa-gesa, bagaimana anda ‘berani-berani’ nak minta syurga daripada Allah? Berikan kesempurnaan pada ibadah paling utama ini dahulu dan mohonlah kepada tuhan dengan bersungguh-sungguh.

#2 – Berpuasa Di Bulan Ramadhan

Anda bermula dengan sebuah niat, kemudian anda berusaha menahan diri daripada makan dan minum, akhir sekali berbuka puasa. Mungkin orang yang tidak faham Islam, tidak akan nampak bahawa ini adalah latihan rohani dan jasmani untuk ahli syurga seperti anda.
Puasa selama sebulan berturut-turut bukan sahaja melatih ‘otot’ kesabaran dalam hati, tetapi menyihatkan tubuh badan secara semulajadi. Untuk melengkapkan checklist kedua masuk ke syurga, cuba anda periksa, adakah anda:
a. Tadarus/ Tilawah Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan
b. Menahan diri daripada perkara yang mengurangkan pahala puasa seperti mendengar muzik berlebihan dan sebagainya.
c. Melakukan solat-solat sunat di sepertiga malam.
d. Menjamu orang lain berbuka puasa.
Tahukah anda ibadah-ibadah sunat ini membantu melengkapkan puasa Ramadhan anda, alang-alang puasa bukan sekadar lapar dahaga tetapi ibadah seluruh jiwa dan raga.

#3 – Menjaga Kehormatan Diri

Wanita, anda memang golongan penduduk bumi yang dilindungi. Hijab dan pakaian labuh/longgar bukan sahaja menutup aurat diri, tetapi membalut hati anda daripada perkara kemungkaran secara sendiri. Pakaian muslimah yang mengikut syariat itulah pakaian buat wanita syurga di atas dunia.
Berbanggalah anda menutup aurat dengan sempurna kerana mungkin itu petanda anda bakal ahli syurga jika memenuhi semua syarat yang lain. Selain pakaian, menjaga kehormatan diri juga bermaksud menjaga tingkah laku dan menjaga batasan dalam pergaulan.
Mungkin anda sudah menutup aurat, mari kita semak mana tahu ada yang tidak terlintas di hati dengan checklist aurat ini:
a. Pakaian anda tidak jarang, tidak menampakkan bentuk badan anda. Hati-hati memilih saiz pakaian ya!
b. Stokin dan ‘handsock’. Kaki dan lengan anda juga aurat.
c. Tudung atau shawl anda menutup dada, lebih baik kalau melebihi bawah dada.
d. Hati anda seiring dengan hijab anda. Anda lebih mudah menguasai diri apabila hijab ‘menguasai’ ruang aurat anda.

#4 – Taat Perintah Suami

Bayangkan jika suami anda meminta anda membuat air dan anda buatkan, ketahuilah malaikat sedang mencatat markah ke dalam kitab amalan anda. Bertambah-tambah markah anda dalam misi ke syurga. Anda hanya membancuh minuman kegemarannya, bukan bertadarus 30 Juzuk. Itu pun sudah ‘gemuk’ pahalanya, apatah lagi jika anda melakukan ibadah sunat kerana suami, pasti di tahap ‘obesiti’ kantung pahala anda!
Penuhilah permintaan sang suami mengikut kemampuan selagi tidak bertentangan dengan Islam. Jangan lupa suami anda ketua rombongan anda dan dia dalam misi rumah tangga ke syurga. Tidakkah anda mahu menjadi ketua bidadari suami anda di syurga? Layarilah rumah tangga anda dengan bijaksana, kemudikan ia ke destinasi syurga.
Selepas mengetahui empat ‘rahsia’ wanita ke syurga ini, adakah anda fikir ianya senang atau pun sukar untuk masuk ke syurga?
Penulis tukar soalan, selepas mengetahui 4 syarat wanita bebas masuk ke syurga melalui mana-mana pintu, apa tindakan anda SEKARANG?
Nota Kaki: Gaya Bahasa dalam artikel ini adalah untuk memberi motivasi dan juga sebuah doa untuk para pembaca supaya anda benar-benar masuk syurga dengan izin Ilahi, Insya Allah. Artikel ini juga bukanlah penjelasan secara islami tetapi menurut kefahaman penulis yang dating dari hati. Semoga kita semua ahli syurga!

Sumber:tazkirahnet
Share on Google Plus

About ADMIN

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

loading...