السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Renungan 🤔hari ini:-
Hutang Dibayar Dengan Pahala
عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ مَاتَ وَعَلَيْهِ دِينَارٌ أَوْ دِرْهَمٌ قُضِيَ مِنْ حَسَنَاتِهِ لَيْسَ ثَمَّ دِينَارٌ وَلَا دِرْهَمٌ
Dari Ibnu Umar ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa meninggal dunia sementara ia mempunyai tanggungan hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan diganti dari pahala kebaikannya pada hari yang dinar dan dirham tidak berguna lagi." (HR Ibnu Majah No: 2405) Status: Sahih
Pengajaran:
1. Hutang berkait dengan hak manusia, maka hutang tidak dapat ditebus dengan taubat dan istigfar. Tidak juga dengan solat dan haji. Hutang hanya boleh dibayar sesuai dengan hutangnya. Selagi belum dibayar, maka hutang akan terus mengikut seseorang bahkan selepas ia mati.
2. Orang yang tidak menjelaskan hutang semasa di dunia, dia perlu menjelaskan hutang tersebut di akhirat melalui pahala amalnya. Jika pahala amalnya habis, dia terpaksa memikul dosa orang tersebut sebagai bayaran hutangnya.
3. Berusahalah menjelaskan hutang sebelum kita meninggal dunia.
Ayuh elakkan diri dari dibelit dengan hutang.
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
25hb September 2016
23 Zulhijjah 1437H😊
0 comments:
Post a Comment